Sunday, February 14, 2010

USUL 1 ; POLITIK - Kerajaan Perpaduan Perlu Diteruskan

Kerajaan perpaduan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Kerajaan perpaduan PAS dan BN / UMNO dicetuskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Muktamar PAS ke-55 2009 di Shah Alam, Selangor.
Idea kerajaan perpaduan antara UMNO / Barisan Nasional dan PAS ini mencetuskan ketidaktentuan di kalangan
Pakatan Rakyat. Idea ini belum dibincangkan secara panjang lebar dan pertemuan belumpun diadakan. Dalam beberapa hal, perjuangan dan sumbangan PAS diketepikan dan dipinggirkan di Pulau Pinang, Perak, dan Selangor . Pas hanya berkuasa di Kedah dan Kelantan. Di Perak pula, sungguhpun Menteri Besar Perak dari Adun PAS tetapi dilihat tidak cukup berpengaruh. Begitu juga pandangan PAS menerusi Dr Hassan Ali di Selangor sering dipertikaikan oleh DAP. Sebenarnya perjuangan PAS dan DAP bagaikan bumi dengan langit.

Sejarah PAS dalam Barisan Nasional

PAS mempunyai pengalaman menyertai Barisan Nasional semasa Perdana Menteri Malaysia,Tun Abdul Razak pada 1972 dan ditendang keluar pada 1978 oleh Tun Hussein Onn. Dalam media massa ketika itu, PAS dipersalahkan kerana pemimpin PAS mencari memperluaskan pengaruh di kalangan orang Melayu dan peneroka tanah rancangan FELDA melalui Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah Datuk Seri Mohd Asri Haji Muda. Beberapa pemimpin PAS telah dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen.
Datuk Mohamad Asri yang pernah menjadi
Menteri Besar Kelantan disingkirkan dari jawatan itu menerusi Mageran. Mohamad Asri tidak dapat diterima dalam PAS dan akhirnya beliau keluar dari PAS dan menubuhkan parti lain.

Reaksi UMNO / Barisan Nasional

Pihak kerajaan Barisan Nasional / UMNO menyambut baik usaha ini kerana dapat menyatupadukan orang
Melayu yang dikatakan berpecah selepas pilihan raya 2008. Media massa juga menyiarkan idea ini secara besar-besaran.
Sekiranya PAS boleh berbincang dan bersatu dengan
DAP, mengapa tidak PAS berbincang dan bersatu-padu dengan UMNO - parti orang Melayu yang berugama Islam.
[
sunting] Reaksi pembangkang
Pemimpin DAP seperti
Lim Guan Eng terkejut dengan idea ini dan mahu penjelasan sebenar berhubung 'pembelotan' ini. Jika PAS cuba mengugut DAP dengan bekerjasam dengan UMNO, yang rugi adalah PAS sendiri. 'Kepimpinan ulama' yang cuba diperjuangkan oleh segelintir pemimpin PAS bertentangan dengan kepimpinan profesional.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat 'serik' bekerjasama dengan BN / UMNO . Beliau mendesak Nasharuddin Md Isa meletak jawatan sebagai Naib Presiden PAS dan ahli parlimen Bachok. Bagaimanapun kenyataan keras ini ditarik balik.

Pendirian Pakatan Rakyat

Pada 22 Jun 2009,
Pakatan Rakyat mengambil keputusan menolak idea kerajaan perpaduan selepas Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat sejam di Parlimen / Dewan Rakyat.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO-Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat. Kenyataan media ditandatangani oleh Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang
Pakatan Rakyat bersikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi.

Mesyuarat Agung Khas PAS

Datuk Seri
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam blognya blogtokguru.com menyeru PAS mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS bagi menghadapi PRU13 dan memutuskan keperluan kerajaan perpaduan PAS - UMNO. Ada pihak yang mahu muzakarah diadakan antara UMNO dengan PAS. Istilah muzakarah ditukar kepada muqobalah. Jika UMNO, MCA dan MIC boleh berubah dan mengadakan EGM , mengapa tidak PAS. Mesyuarat tergempar itu nanti boleh dipanggil muktamar khas. Nik Abdul Aziz dalam blognya www.blogtokguru.com juga dilaporkan mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin yang bermasalah iaitu Mustafa, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan bin Ali sering dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan. Dr Abdul Aziz Bari dari UIAM 'menyalahkan' Abdul Hadi Awang di atas kekalahan PAS di Bagan Pinang. Abdul Hadi juga tidak bersuara apabila tercetus kontroversi Hassan Ali berhubung jualan alkohol dan cara siasatan Selcat.[3]
Pada 28 Oktober 2009, Mesyuarat khas JK PAS Pusat diadakan di tingkat 5, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Abdul Hadi Awang. Turut hadir ialah tuan guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nasharudin Mat Isa ,Datuk Mustafa Ali , Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar , Datuk Mustafa Ali dan Nasrudin Hassan Tantawi.

Antara keputusan mesyuarat ialah ;

-Isu kerajaan perpaduan ditutup sepenuhnya.
-Seminar khas akan diadakan pada 7 Disember 2009, di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas

-Tarbiyah PAS Pusat,
Taman Melewar, Kuala Lumpur. Penceramah khas ialah Profesor Dr
-Abdul Aziz Bari kerana pandangannya lebih berwibawa dalam menentukan hala
tuju perjuangan PAS.
-Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik untuk menyiasat semua dakwaan terhadap PAS
Selangor. Pesuruhjaya PAS Selangor ialah Dr Hassan bin Ali

USUL 2 - SUKAN : Harimau Muda ke Slovakia ; Pilihan Tepat

Skuad Harimau Muda Negara ke Liga Slovakia!

Sumber dari Berita Harian, 2 Feb 2010

LAMBAIAN Slovakia kini terpancar di mata setiap pemain skuad Harimau Muda A kerana negara itulah yang akan menjadi destinasi mutakhir untuk menimba pengalaman paling berguna selepas impian beraksi di tanah air sendiri tidak kesampaian.

IMBAS KEMBALI…pemain Harimau Muda meraikan kejayaan selepas muncul juara Liga Perdana 2009.
Gelaran selaku juara Liga Perdana musim lalu umpama racun apabila sebahagian besar wakil persatuan bola sepak (FA) negeri yang menduduki kerusi ahli majlis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak penyertaan pasukan itu.

Sudahnya, nasib skuad bimbingan ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah itu terumbang-ambing dan usaha FAM membolehkan mereka beraksi di Liga-S juga ditolak Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).




Mujurlah, Slovakia hadir memberi jawapan yang cukup menggembirakan apabila Harimau Muda A dibenarkan beraksi di dalam Liga Divisyen Satu negara berkenaan dan Exco FAM yang bersidang petang semalam, mengesahkan perkara berkenaan.

“Harimau Muda A akan beraksi di Slovakia dan menyertai Liga Divisyen Satu negara itu. Mereka akan diletakkan di dalam Liga Bawah 21 Tahun. Liga berkenaan akan bermula Februari dan dijangka berakhir Mei nanti.


“Sepanjang tempoh itu, skuad Harimau Muda A akan mengharungi 14 perlawanan di peringkat liga dan itu belum dicampur dengan perlawanan persahabatan yang sudah kita aturkan untuk mereka ini,” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad.

Jawapan itu sekali gus melenyapkan semua teka-teki mengenai nasib serta masa depan Harimau Muda A yang menjadi isu utama sebelum ini kerana skuad berkenaan dikhabarkan bakal mempertahankan emas Sukan Sea yang dimenangi di Laos, hujung tahun lalu.

“Untuk tahun ini, beraksi di Liga Slovakia adalah yang terbaik buat skuad Harimau Muda A dan untuk tahun depan, kita akan lihat peluang mereka kembali disenaraikan di dalam Liga-M.

“Saya yakin walaupun ia hanya membabitkan lapan pasukan di dalam Liga Bawah 21 Tahun tetapi pemain Harimau Muda A akan mendapat pendedahan yang cukup baik,” kata Redzuan.

Pengumuman itu juga selaras dengan apa dihajati FAM sebelum ini iaitu mahu terus membiarkan anak buah Azraai Khor itu berganding sebagai satu pasukan walaupun ada cadangan yang meminta badan induk kebangsaan itu menyerap pemain skuad terbabit ke dalam pasukan negeri yang sedang bermain di Liga-M.

FAM bagaimanapun kurang bersetuju dengan cadangan itu dan Redzuan berpendapat kaedah itu boleh menjejaskan prestasi pemain skuad Harimau Muda A terutama daripada segi tahap kecergasan masing-masing.

“Kita tidak mahu lagi ada alasan seperti pemain tidak cergas dan sebagainya. Ada negeri yang tidak mempunyai kelengkapan yang secukupnya dan kita bimbang tahap kecergasan pemain akan terjejas,” katanya
.

USUL 5;POLITIK - Suruhanjaya Perlantikan Hakim; Hangat-hangat Tahi Ayam

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

sumbangan oleh Semut Besi

Malaysia-Instinct.com

Inisiatif kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 patut dipuji kerana ia akan menelus dan mempertanggungjawabkan lagi proses pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan (Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi).

Namun setelah membaca draf undang-undang yang telah dipaparkan di laman web Parlimen Malaysia, timbul beberapa persoalan yang relevan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai draf undang-undang ini.

Pertama hakikat bahawa pembentukan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dibuat melalui penggubalan Akta Parlimen biasa dan bukannya melalui pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan terutamanya kepada perkara 122B dan 123 .

Ini kerana hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara (Perkara 4 Fasal 1) dan ianya telah mempunyai peruntukan yang jelas tentang perlantikan hakim-hakim mahkamah atasan (Perkara 122B) dan kelayakan yang diperlukan bagi hakim-hakim mahkamah atasan berkenaan (123).

Perkara 4 Fasal 1 berbunyi "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Malaysia dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu".

Draf undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang dibentangkan berpotensi didapati ultra vires (melampaui Perlembagaan Persekutuan) kerana pertamanya ia mengekang budi bicara Perdana Menteri untuk menasihat Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan juga secara tidak langsung kuasa Yang di-Pertuan Agong bagi melantik hakim-hakim mahkamah atasan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan .

Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan hakim-hakim mahkamah atasan adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri setelah merundingi Majlis Raja-Raja.

Mengikut seksyen 21(1) fungsi suruhanjaya adalah ;


(a) Untuk memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.

(b) Untuk menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan;

(c) Untuk merumuskan dan melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan
Ini bertentangan dengan peruntukan Perkara 122B fasal 2 hingga 4 yang menerangkan prosedur sebelum Perdana Menteri dapat menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan, beliau perlu meminta fikiran Ketua Hakim Negara (bagi semua pelantikan), Presiden Mahkamah Rayuan (untuk pelantikan ke Mahkamah Rayuan), Hakim-Hakim Besar (untuk pelantikan ke mahkamah tinggi yang berkenaan dan Ketua-Ketua Menteri Sabah dan Sarawak (bagi jawatan Hakim Besar Sabah dan sarawak).

Walaupun ada pihak yang akan berhujah oleh kerana mengikut seksyen 5(1) keanggotaan suruhanjaya adalah terdiri dari Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan kedua-dua Hakim Besar sudah memenuhi semangat Fasal 2 hingga 4 Perkara 122B.

Namun pihak-pihak ini terkhilaf kerana seksyen 5(1) Draf Akta ini telah menambah 5 lagi individu yang akan terlibat di dalam proses menentukan calon-calon ini.

Disebabkan juga seksyen 24(5) memerlukan undi majoriti bagi menentukan senarai calon yang akan dipilih untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, maka secara teorinya calon-calon yang pilihan empat penjawat jawatan utama kehakiman yang disebut melalui peruntukan fasal 2 hingga 4 Perlembagaan Persekutuan mungkin tidak akan berjaya diketengahkan kepada Perdana Menteri.

Mengikut seksyen 22 (2) (a) dan (b) draf undang undang ini pula, apabila permintaan dibuat maka suruhanjaya pelantikan hakim akan memilih tiga nama bagi mengisi kekosongan sesuatu jawatan di mahkamah tinggi dan dua nama bagi kekosongan untuk mahkamah atasan untuk diberikan kepada Perdana Menteri bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Jika Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan nama-nama calon bagi mahkamah atasan, beliau boleh meminta dua lagi nama daripada suruhanjaya manakala bagi calon Mahkamah Tinggi, Perdana Menteri tidak lagi berhak mendapat nama calon yang lain.

Tidak juga dinyatakan di dalam mana-mana seksyen di dalam draf undang-undang ini bahawa Perdana Menteri berhak menolak sebarang calon yang dikemukakan Suruhanjaya.

Ini akan menghadkan kuasa menasihati Perdana Menteri kerana beliau terikat memanjangkan nama calon yang dibekalkan oleh Suruhanjaya ini. Ia adalah pelunturan kuasa eksekutif yang besar.

Amerika Syarikat sebuah negara yang dianggap paling murni pemisahan kuasanya pun memberikan hak kepada Presiden (ketua cabang eksekutif) untuk mencalonkan hakim-hakim Persekutuan tanpa sekatan dengan nasihat dan kebenaran Senat (cabang legaslatif) (Artikel 2 Seksyen 2 Perlembagaan Amerika Syarikat) .

Juga adalah lebih elok Suruhanjaya ini dinamakan sebagai Suruhanjaya Penasihat mengenai Pelantikan Kehakiman Atasan atau Suruhanjaya Pencalonan Kehakiman daripada nama sekarang kerana di Malaysia yang melantik hakim adalah Yang di-Pertuan Agong.

Menamakan Suruhanjaya ini sebagai Suruhanjaya Pelantikan Hakim mencerminkan kurangnya penghormataan/keprihatinan terhadap fungsi Perlembagaan Baginda.

Kedua dua Akta ini berpotensi bersifat ultra vires kerana walaupun kriteria pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan telahpun dinyatakan dengan terang di bawah Perkara 123 Perlembagaan namun Akta ini melalui seksyen 23 (2)(3) dan (4) telah menggariskan lima lagi kriteria/syarat tambahan.

Apabila pemecatan hakim-hakim mahkamah atasan kerana pelanggaran kod etika kehakiman hendak dibolehkan, maka pindaan Perlembagaan yang memaktubkan kewujudan kod etika dan bolehnya pelanggaran kod etika menyebabkan tribunal penyiasatan bagi pemecatan dibentuk di bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan telah dimasukkan di bawah peruntukan 125 Perlembagaan.

Daripada mengambil risiko ada pihak-pihak yang mempunyai locus standi kemudian hari akan mencabar peruntukan akta ini dan risiko jika Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan kes mereka dan mendapati Akta ini bersifat ultra vires setelah wang rakyat yang banyak dibelanjakan bagi menubuhkan Suruhanjaya ini, maka lebih eloklah pihak kerajaan menarik balik pembentangan rang undang-undang ini untuk kajian semula dengan secara teliti serta memulakan proses merundingi semua stakeholder secara lebih meluas.

Semut Besi - Lebih baik berhati-hati sekarang dari menyesal
di kemudian hari.
ARKIB UTUSAN : 12/02/2009

Zaki Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

PUTRAJAYA 11 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK).Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di sini.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff; Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Arifin Zakaria; Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum pula dilantik sebagai anggota SPK.
Pelantikan tersebut dibuat berdasarkan jawatan yang dipegang oleh mereka dalam badan kehakiman.Kesemua pelantikan berkenaan diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

Seksyen 5(1)(e) akta itu turut mengkehendaki seorang Hakim Mahkamah Persekutuan dilantik sebagai anggota suruhanjaya tersebut.Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin telah dipilih untuk memenuhi keperluan berkenaan.

Empat anggota lain yang dilantik ke SPK di bawah Seksyen 5(1)(f) akta sama ialah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad; bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong; bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Tan Sri L.C. Vohrah dan bekas Peguam Negara, Datuk Seri Ainum Mohd. Saaid.

Kesemua anggota yang dilantik di bawah Seksyen 5(1)(e) dan 5(1)(f) akta sama itu adalah untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 10 Februari lalu hingga 9 Februari 2011.
Abdullah yakin anggota-anggota SPK berkenaan akan dapat menjalankan tugas mereka dengan sempurna.

USUL 1 ; ANTARABANGSA - Copenhagen 2009, Sinarnya Sudah Ada

Copenhagen 2009, Sinarnya Sudah Ada
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dilangsungkan di Bella Center di Copenhagen, Denmark, mulai 7 hingga 18 Disember 2009. Persidangan ini merangkumi Persidangan Peserta-Peserta Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-15 (COP 15) dan Mesyuarat Peserta-Peserta Protokol Kyoto ke-5. Mengikut Peta Jalan Bali, rangka kerja pengurangan perubahan iklim selepas tahun 2012 mesti dipersetujui di sana.

Persidangan ini menyusuli persidangan saintifik Climate Change: Global Risks, Challenges and Decisions yang juga dilangsungkan di Bella Center pada Mac 2009. Rundingan mula menunjukkan pembaharuan apabila pada Mei 2009, Setiausaha Agung PBB Ban-Ki Moon menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan Dunia mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen, anjuran Majlis Iklim Copenhagen (COC), di mana beliau meminta agar para anggota majlis COC menghadiri Minggu Iklim New York di Sidang Kemuncak Perubahan Iklim pada 22 September serta berhubung dengan ketua-ketua kerajaan mengenai topik masalah iklim.[2]
Connie Hedegaard menyandang jawatan sebagai presiden persidangan sehingga 16 Disember 2009, kemudian menyerahkan jawatannya kepada Perdana Menteri Denmark Lars Løkke Rasmussen pada hari-hari terakhir persidangan, ketika berlangsungnya rundingan antara ketua-ketua negara dan kerajaan.[3] Pada 18 Disember iaitu hari terakhir persidangan, media antarabangsa melaporkan betapa "kucar-kacir" rundingan iklimnya.Selain itu, dilaporkan juga selain kehancuran sidang kemuncak, hanya dapat diduganya "penyataan politik lemah" di akhir persidangan.

Persetiaan Copenhagen dirangkakan oleh Amerika Syarikat, China, India, Brazil dan Afrika Selatan pada 18 Disember, dinilai sebagai "persetujuan yang bermakna" oleh kerajaan Amerika Syarikat. Persetiaan ini sekadar "diiktiraf", tetapi tidak "dipersetujui", dalam perbahasan di kalangan semua negara peserta pada hari keesokannya, maka tidak diluluskan sebulan suara. Dalam kandungan dokumennya diakui bahawa perubahan iklim adalah salah satu cabaran tergetir pada masa kini, oleh itu tindakan harus diambil untuk memastikan kenaikan suhu tidak melebihi 2 °C. Dokumen tersebut tidak sah di sisi undang-undang dan tidak mengandungi apa-apa komitmen yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang pengeluaran karbon dioksida.[9] Para pemimpin negara berindustri, termasuk Barack Obama dan Gordon Brown, berpuas hati dengan persetujuan ini tetapi ramai pemimpin negara lain dan pertubuhan bukan kerajaan menentangnya.

Latar belakang

Kedudukan rundingan dengan Kesatuan Eropah
Pada 28 Januari 2009,
Suruhanjaya Eropah menerbitkan akhbar "Kearah kerjasama komprihensif dalam cuaca di Copenhagen".[10] Demi menunjukkan teladan yang baik, Kesatuan Eropah telah berikrar untuk melaksanakan perjanian dalam satu undang-undang, walaupun tanpa perjanjian yang memuaskan di Copenhagen. Pada Disember yang lepas, Pertubuhan Eropah Bersatu telah mengkaji semula sistem kelonggaran Karbon yang dipanggil Skema Perdagangan Pelepasan Asap Pertubuhan Eropah Bersatu yang telah di reka untuk tempoh pengumuman-Kyoto (selepas 2013). Platform baru sistem ini menyasarkan lebih lagi untuk mengurangkan kesan rumah hijau yang dikeluarkan di Eropah dengan kaedah perjanjian dan untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap EU bahawa mereka telah melaksanakannya sebelum persidangan di Copenhagen ini. Untuk mengelakkan kebocoran karbon—pemindahan syarikat ke kawasan lain yang tidak mematuhi peraturan yang sama—Suruhanjaya EU menjangkakan bahawa sektor-sektor yang terdedah kepada persaingan antarabangsa wajar diberikan peruntukan pengeluaran CO2 percuma asalkan sekurang-kurangnya searas dengan suatu penanda aras. Sektor-sektor lain pula harus membeli kredit sebegini di pasaran antarabangsa. Industri-industri intensif tenaga di Eropah telah mendukung sistem penanda ara ini untuk memastikan dana dalam keupayaan pelaburan untuk keluaran karbon rendah dan bukannya semata-mata untuk spekulasi.[11] Industri kimia Eropah menghujahkan perlunya mendekati keperluan rakyat secara mapan. Demi mematuhi komitmen-komitmen sebegini untuk ekonomi karbon rendah, ini memerlukan daya saing dan inovasi.[12] Menteri Ekologi Perancis Jean-Louis Borloo mengajukan penubuhan Pertubuhan Alam Sekitar Global sebagai sumbangan institusi utama Perancis untuk menawarkan alternatif yang berwibawa kepada UNEP.

Mesyuarat rundingan rasmi pra-Copenhagen

Serangkap rangka teks rundingan
[13][14] untuk dimuktamadkan di Copenhagen telah dikeluarkan kepada orang awam, dan dibincangkan dalam serantaian mesyuarat sebelum Copenhagen.
[
sunting] Bonn – mesyuarat rundingan kedua
Para wakil dari 183 negara bermesyuarat di
Bonn dari 1 hingga 12 Jun 2009, dengan tujuan membincangkan teks-teks rundingan utama yang bakal dijadikan asas untuk persetujuan perubahan iklim antarabangsa di Copenhagen. Pada akhirnya, kumpulan rundingan Kumpulan Kerja Ad Hoc di bawah Protokol Kyoto (AWG-KP) masih jauh dari julat pengurangan keluaran bahan pencemar yang ditentukan oleh bidang sains untuk mengelakkan akibat perubahan iklim yang paling dahsyat, iaitu pengurangan 25%–40% dari takat 1990 menjelang tahun 2020. AWG-KP masih perlu memutuskan sasaran pengurangan keluaran negara-negara berindustri, di samping sasaran individu bagi setiap negara. Adanya peningkatan dalam mendapatkan penjelasan isu-isu yang berkenaan dengan semua pihak untuk sebagai kemaskini rangka teks rundingan.[15]

Sesi ketujuh
Bangkok

Bahagian pertama sesi ketujuh AWG-LCA diadakan mulai 28 September di
Pusat Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCC) di Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa-bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP), Bangkok, Thailand.[16]

Barcelona

Sesi bersambung di
Barcelona, Sepanyol, dari 2 hingga 6 November 2009. Selepas itu, AWG-LCA bermesyuarat lagi untuk menghabiskan kerjanya di sesi kelapan yang serentak dengan sesi ke-15 Persidangan Peserta yang dibuka di Copenhagen pada 7 Disember 2009.

Senarai tindakan yang dicadangkan

Cadangan perubahan keluaran mutlak
Kawasan
1990→2020
Rujukan
Jepun
−25%
EU
−20 to −30%
Rusia
−20 to −25%
Afrika Selatan
−18%
New Zealand
−10 to −20%
Australia
−4 to −24%
CO2
Kanada
−3%
Amerika Syarikat
−1.3%
Brazil
+5 to −1.8%

Ketika bersidang, sebilangan negara menyatakan tindakan-tindakan yang dicadangkan jika tercapainya persetujuan yang terikat. Malangnya, tiada persetujuan yang dicapai, sebaliknya cadangan tindakan tersebut terpaska dibahaskan lagi pada tahun 2010.

Tindakan awam yang berkenaan

Kerajaan Denmark organisasi industri telah memasuki sebuah perniagaan perkongsian umum persendirian untuk mempromosikan penyelesaian kepada masalah ini iaitu
teknologi bersih Denmark. Pekongsian ini iaitu Konsortium Iklim Denmark , ialah sebahagian dari aktiviti pertfolio sebelum, semasa dan selepas COP15[17]
Juga diadakannya Persidangan Eropah untuk Pemupukan Tindakan Setempat untuk Membasmi Perubahan Iklim.[18][19] Seluruh sesi paginya pada 25 September dikhaskan kepada Perjanjian Datuk-Datuk Bandar.

Persidangan
Aktivisme

Sepanjang minggu pertama persidangan, berlakunya beberapa tunjuk perasaan kecil-kecilan.
[21] Pada 12 Disember, berlangsungnya sebuah perarakan besar di Copenhagen untuk menyeru agar tercapainya persetujuan iklim global yang dihadiri seramai 40,000 hingga 100,000 orang.[22] 968 penunjuk perasaan ditahan, termasuk 19 orang yang ditahan kerana membawa pisau lipat dan bertopeng sepanjang tunjuk perasaan, tetapi kesemua mereka dibebaskan tanpa didakwa kecuali 13 orang. Seorang pegawai polis tercedera oleh batu manakala seorang penunjuk perasaan terkena mercun.[21] Sebilangan penunjuk perasaan dikandangkan oleh polis lalu ditahan selama berjam-jam tanpa makanan, air atau tandas,[23] sebelum digari lalu diangkut oleh bas ke pusat tahanan.[24] Para penunjuk perasaan dilaporkan berasa marah terhadap taktik-taktik "penindasan" oleh taktik polis.[22] Pihak polis pula berkata tindakan tersebut adalah perlu untuk menangani pertubuhan-pertubuhan seperti Never Trust A COP yang mengaku akan "menyerang struktur-struktur yang menyokong COP15 secara sedar-sedar" dalam tapak webnya. Per Larsen, ketua pegawai koordinasi angkatan polis Copenhagen memaklumkan akhbar New York Times bahawa kejadian ini "sememangnya tindakan polis terhebat yang pernah kami ambil dalam sejarah Denmark.

Aktivisme antarabangsa

Kira-kira 20,000 orang menyertai perarakan di London, seminggu sebelum bermulanya persidangan, untuk menyeru para pemimpin British agar memaksa negara-negara maju untuk mengurangkan keluaran bahan pencemarnya sebanyak 40% menjelang tahun 2020 serta memperuntukkan $150 bilion setahun sehingga 2020 untuk membantu negara-negara termiskin di dunia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.
[26] Seramai 50,000 orang menyertai sebilangan acara tunjuk perasaan di Australia, ketika berlangsungnya persidangan, untuk menyeru para pemimpin dunia untuk membentuk satu persetujuan yang kukuh dan sah di sisi undang-undang.[27] Perarakan terbesarnya berlangsung di Melbourne.

The Danish Text

Sebuah dokumen kebocoran yang digelar "The Danish Text" telah mencetuskan perbalahan antara negara maju dan membangun. Dokumen yang berjudul kecil "The Copenhagen Agreement" ini mencadangkan langkah-langkah untuk memastikan kenaikan suhu global purata pada 2 darjah Celsius di atas takat pra-perindustrian.
Negara-negara membangun membalas dokumen tersebut dengan menyatakan bahawa negara-negara maju bekerjasama dan bersepakat secara senyap-senyap tanpa kebenaran negara-negara membangun. Lumumba Stanislaus Di-Aping, pengerusi G77, berkata, "Isi kandungannya yang amat berat sebelah ini berniat untuk menjatuhkan hasil dua tahun rundingan dengan sepenuhnya, tanpa menghiraukan cadangan dan suara negara-negara membangun".[29] Timbulnya rasa tidak senang duduk mengenai isi kandungan dokumen tersebut setelah diberi analisa sulit oleh negara-negara membangun.

Masalah rundingan

Pada 16 Disember, timbulnya spekulasi bahawa sidang kemuncak di Copenhagen berada dalam bahaya. "Kami tidak mencapai apa-apa peningkatan" kata suatu sumber yang mengikuti rundingan tersebut. "Apa yang tidak disedari orang ramai adalah bahawa kita sekarang belum bersedia menerima persepakatan pemimpin kita. Rundingan kini sudah lewat 18 jam."
[31]
The Guardian melaporkan bahawa para pemimpin sedang berbincang secara terbuka mengenai hasil terbaik yang boleh dicapai berupa "persetujuan politik lemah yang tidak mampu membuka laluan yang jelas untuk menangani pengeluaran gas rumah hijau". Ertinya, rundingan terpaksa dilanjutkan hingga tahun 2010, memburukkan lagi kesan kerosakan pengeluaran bahan-bahan tersebut.

Pada 18 Disember, ketua UNEP memberitahu BBC bahawa "pada waktu pagi ini, adanya sidang kemuncak mengalami krisis" dan hanya ketibaan ketua-ketua negara yang dapat memastikan sidang kemuncak berakhir dengan jayanya. Ketua perubahan iklim WWF di Britain berkata, cadangan-cadangan yang diajukan setakat ini, khususnya dari negara-negara berindustri, "semuanya langsung tidak memenuhi keperluan dunia".[32]
Para pemimpin dan menteri dari lebih kurang 30 negara telah menggariskan persetiaan iklim pada awal pagi 18 Disember, iaitu beberapa jam sebelum kira-kira 130 pemimpin dunia bersidang.

Peleraian

Pada 18 Disember, setelah sehari ketua-ketua negara berunding dengan tergopoh-gapah, diumumkan bahawa tercapainya "persetujuan yang bermakna" antara Amerika Syarikat, China, India, Afrika Selatan dan Brazil.
[34] Perkataan "bermakna" ini dipandang sebagai hasil putar belit politik oleh sebuah editorial dalam akhbar The Guardian.[35] Seorang pengawai kerajaan AS yang tidak dinyatakan namaya dilaporkan berkata bahawa persetujuan itu adalah "selangkah maju dalam sejarah" tetapi tidak memadai untuk mengelakkan perubahan iklim yang berbahaya di masa akan datang. Namun demikian, mengikut seorang wartawan alam sekitar BBC: "Ketika persetujuan diumumkan oleh Rumah Putih, ramai lagi perwakilan yang belum lagi meliahtnya. Komen dari seorang pegawai UK berpendapat bahawa teks tersebut belum dimuktamadkan padahal perwakilan Bolivia sudah merungut akan cara persepakatannya, iaitu 'anti-demokratik, anti-telus dan tidak boleh diterima'. Tanpa sasaran yang kukuh untuk mengehadkan kenaikan suhu global, tanpa komitmen kepada perjanjian sah dan tiada tahun sasaran untuk kemuncak pengeluaran gas rumah hijau, negara-negara yang paling teruk terdedah kepada akibat perubahan iklim masih belum mencapai persetujuan yang diharapkan."[36]
Pada awal pagi 19 Disember, para wakil meluluskan usul untuk "memberi perhatian kepada Persetiaan Copenhagen[37] pada 18 Disember 2009". Walaupun begitu, dilaporkannya tidak jelas lagi sama ada usul tersebut adalah sebulat suara, atau apa implikasinya dari segi undang-undang. Ban Ki-moon menyambut baik persetujuan iklim yang disokong oleh AS itu sebagai "permulaan asas". Adalah tidak jelas sama ada 192 negara yang hadir juga menerimanya. Persetiaan Copenhagen menerima hujah saintifik untuk memastikan kenaikan suhu di bawah 2 °C, tetapi tidak terkandung apa-apa komitmen untuk mengurangkan pengeluaran bahan pencemar yang perlu untuk mencapainya. Sebahagian persetujuan itu menjanjikan pembiayaan sebanyak AS$ 30 bilion kepada negara membangun selama tiga tahun seterusnya, kemudian meningkat kepada AS$ 100 bilion setahun menjelang tahun 2020, untuk membantu negara-negara miskin menyesuaikan diri kepada perubahan iklim. Cadangan-cadangan terdahulu untuk mengehadkan kenaikan suhu kepada 1.5 °C serta memotong pengeluaran karbon dioksida sebanyak 80% menjelang tahun 2050 terpaksa digugurkan. Satu lagi persetujuan telah dicapai untuk mengurangkan pembasmian hutan dengan wang tunai pampasan dari negara-negara maju.[38] Persetujuan yang dicapai ini tidak sah di sisi undang-undang, tetapi Presiden AS, Barack Obama berharap agar negara-negara boleh menunjukkan pencapaian masing-masing kepada dunia. Tambahnya lagi, jika perlunya menunggu persetujuan sah lagi, silap-silap tiada peningkatan yang dilakukan.

Reaksi
Kerajaan

Barack Obama menyatakan perlunya untuk mencapai persetujuan pada masa akan datang, tambahan lagi "Kita sudah berjalan jauh tetapi masih jauh lagi yang perlu kita berjalan."[40] Gordon Brown berkata "Kita sudah bermula" tetapi persetujuan itu harus dicepatkan lagi pengesahan di sisi undang-undang.[40] Presiden Suruhanjaya EU Jose Manuel Barroso berkata "Saya enggan menyorokkan rasa kecewa saya kerana ketaksahan persetujuan ini."[34] Presiden Perancis Nicholas Sarkozy mengulas "Teks yang kami ada tidak sempurna" tetapi "Jika tiada persetujuan, ertinya dua buah negara sepenting India dan China harus dibebaskan dari ikatan apa-apa jenis kontrak."[34] Ketua perwakilan China berkata "Perjumpaan kali ini berakhir dengan hasil positif, jadi semua pihak harus berpuas hati."[40] Perdana Menteri China Wen Jiabao berkata bahawa persetujuan lemah ini disebabkan oleh sikap saling tidak mempercayai sesama bangsa: "Untuk meredah dugaan perubahan iklim, masyarakat antarabangsa mesti mengukuhkan kepercayaan, membina kata sekapat, melakukan usaha bersungguh-sungguh serta meningkatkan lagi kerjasama."[41] Duta perubahan iklim Brazil menyifatkan persetujuan ini sebagai "mengecewakan". Ketua negara-negara G77 mendakwa bahasa rangka persetujuannya meminta negara-negara Afrika agar menandatangani "pakatan membunuh diri" serta "memastikan penguasaan ekonomi sebilangan kecil negara". Wakil-wakil Maldives, Venezuela, dan Tuvalu pula kecewa sekali dengan hasil persidangan.[40] Presiden Bolivia, Evo Morales berkata, "Mesyuarat itu telah gagal. Malang sekali bagi planet ini. Harus disalahkan ialah tiadanya kesanggupan politik oleh sekelompok kecil negara pimpinan AS."

Pertubuhan bukan kerajaan

John Sauven, pengarah eksekutif
Greenpeace UK berkata bahawa "Bandar raya Copenhagen bagaikan tempat kejadian jenayah pada malam ini ... Ternyata bahawa usaha pembasmian pemanasan global memerlukan model politik yang serba berlainan daripada yang disaksikan di Copenhagen." Tambahnya, "sedikit sekali bilangan ahli politik di dunia yang berupaya menjangkaui kepentingan diri". Nnimmo Bassey, dari pertubuhan Friends of the Earth mengecam persidangan itu sebagai "kegagalan yang hina".[40] Lydia Baker dari pertubuhan Save the Children mengeluh bahawa para pemimpin dunia telah "memastikan ramai kanak-kanak termiskin di dunia menemui ajalnya. Seramai 250,000 dari masyarakat miskin akan kehilangan nyawa mereka sebelum mesyuarat seterusnya di Mexico pada akhir tahun depan."[38] Tim Jones, pegawai dasar iklium dari [[World Development Movement]] mengutuk para pemimpin kerana "hendak merasuah dan menindas negara-negara membangun untuk menandatangani waran maut."[41]

Rujukan

IISD Reporting Services – Upcoming meetings
Tim Flannery (November 2009), Copenhagen and Beyond: Conference Bound, The Monthly, http://www.themonthly.com.au/monthly-essays-tim-flannery-copenhagen-and-beyond-conference-bound-2110
Climate conference president resigns, Rasmussen to take over. Mint. 16 Disember 2009.
Associated, The (2009-12-15). "UN Chief: Time To Stop Climate Finger-Pointing". NPR.

KEPADA PENDEBAT2 ASTAR

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
SEBELUM ITU SAYA MENGAMBIL PELUANG INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA BUAT SEMUA.
SEDAR ATAU TIDAK DEBAT ASTAR AKAN KITA TEMPUHI.
WALAUPUN TIDAK MEMPUNYAI MASA DAN FAKTA YANG MENCUKUPI SAYA YAKIN, TEAM UPNM PASTI AKAN MARA.
TIDAK KIRA LAH ORANG INGIN KATA APA PUN, KITA TEAM UPNM TETAP AKAN CUBA YANG TERBAIK!

JANGAN BIARKAN 'MORAL' KITA SEMUA JATUH DISEBABKAN OLEH PERKARA2 YANG KECIL. INGAT SEMUA, KITA INI LAIN DARI YANG LAIN. PANTANG UNDUR TETAP MARA.
YANG PENTING SEKARANG INI, DI DALAM MEDAN PERDEBATAN NANTI KITA AKAN USAHA SEDAYA UPAYA UNTUK BERJAYA!

"Who is the judge?,
The judge is God ,
Why is he God?,
Because he decides who wins or loses. Not my opponeent ! "

SO INGAT TEAM! MENANG KALAH DI TANGAN TUHAN YANG MAHA KUASA!

KITA AKAN BERJAYA!

GO TEAM ASTAR UPNM!

Thursday, February 11, 2010

USUL DEBAT ASTAR 2010

Debaran debat ASTAR 2010 semakin terasa. Usul pada tahun ini tampak gayanya agak menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya.Berikut adalah senarai usul yang akan diperbahaskan di arena perdebatan ASTAR nanti ;

PENDIDIKAN

1. Lambakan Graduan Pendidikan, Silapnya Pada Graduan

2. Semua IPT Wajar Dinaiktaraf Sebagai ‘Universiti R&D’

3. Sudut Pidato : Satu Langkah ke Belakang

4. Kini, Mahasiswa Malaysia Sudah Merdeka

5. Kembali ke Bahasa Melayu, Kerana Kita Belajar dari Kesilapan

6. Sekolah Berprestasi Tinggi, Satu Lagi Jenama

SOSIAL

1. ‘Malaysia Boleh’ Sudah Tidak Lagi Relevan

2. Promosi 1Malaysia Sangat Berkesan

3. Sudah Tiba Masanya, Malaysia mempunyai Bank DNA

4. Perkhidmatan Internet Jalur Lebar Perlu Dirakyatkan

5. Lambakan Realiti TV Bukti Keuntungan No. 1

EKONOMI

1. Penstrukturan Subsidi Minyak, Tidak Perlu Tergesa-gesa

2. 2010: Ekonomi Akan Pulih

3. Harga Barang Terkawal, Sukar Dikawal

4. Kewangan Islam Saingan Kewangan Konvensional

5. Bajet 2010: Adil

ANTARABANGSA

1. Copenhagen 2009, Sinarnya Sudah Ada

2. Obama : Mungkir Janji

3. Gempa Bumi Haiti: Dunia Belum Cukup Empati

4. Sebenarnya, Israel Adalah Polis Dunia

5. Krisis Tamat dengan Pemberian Kuasa Autonomi

6. Majlis Keselamatan PBB Perlu Mengharamkan Peperangan

POLITIK

1. Kerajaan Perpaduan Perlu Diteruskan

2. Perlembagaan Persekutuan Tidak Lagi Dijunjung

3. Akhirnya, Sandiwara Politik Semakin Reda

4. Politik Perkauman Masih Lagi Diyakini

5. Suruhanjaya Perlantikan Hakim; Hangat-hangat Tahi Ayam

6. Ahli Politik Perlu Ada Jenama Tersendiri

SUKAN

1. Piala Thomas 2010: Bagai Pungguk Rindukan Bulan

2. Harimau Muda ke Slovakia: Alternatif Tepat

3. Fanatik EPL: FAM Perlu Bertindak

4. Pendidikan Jasmani di Sekolah, Hanya Anak Tiri

5. Penganjuran Sukan Olimpik, Kita Sudah Berkemampuan.

HUMOR

1. Siti Nurhaliza Lebih Merdu Daripada Kris Dayanti

2. Masalah Rumah Tangga: Orang Ketiga Membawa Bahagia

3. Juara Lagu Dipolitikkan

4. Rumah Siap, Pahat Masih Berbunyi

5. Kipas Lebih Baik Daripada Pendingin Hawa

SELAMAT MAJU JAYA