Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Kerajaan perpaduan PAS dan BN / UMNO dicetuskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Muktamar PAS ke-55 2009 di Shah Alam, Selangor.
Idea kerajaan perpaduan antara UMNO / Barisan Nasional dan PAS ini mencetuskan ketidaktentuan di kalangan Pakatan Rakyat. Idea ini belum dibincangkan secara panjang lebar dan pertemuan belumpun diadakan. Dalam beberapa hal, perjuangan dan sumbangan PAS diketepikan dan dipinggirkan di Pulau Pinang, Perak, dan Selangor . Pas hanya berkuasa di Kedah dan Kelantan. Di Perak pula, sungguhpun Menteri Besar Perak dari Adun PAS tetapi dilihat tidak cukup berpengaruh. Begitu juga pandangan PAS menerusi Dr Hassan Ali di Selangor sering dipertikaikan oleh DAP. Sebenarnya perjuangan PAS dan DAP bagaikan bumi dengan langit.
Sejarah PAS dalam Barisan Nasional
PAS mempunyai pengalaman menyertai Barisan Nasional semasa Perdana Menteri Malaysia,Tun Abdul Razak pada 1972 dan ditendang keluar pada 1978 oleh Tun Hussein Onn. Dalam media massa ketika itu, PAS dipersalahkan kerana pemimpin PAS mencari memperluaskan pengaruh di kalangan orang Melayu dan peneroka tanah rancangan FELDA melalui Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah Datuk Seri Mohd Asri Haji Muda. Beberapa pemimpin PAS telah dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen.
Datuk Mohamad Asri yang pernah menjadi Menteri Besar Kelantan disingkirkan dari jawatan itu menerusi Mageran. Mohamad Asri tidak dapat diterima dalam PAS dan akhirnya beliau keluar dari PAS dan menubuhkan parti lain.
Reaksi UMNO / Barisan Nasional
Pihak kerajaan Barisan Nasional / UMNO menyambut baik usaha ini kerana dapat menyatupadukan orang Melayu yang dikatakan berpecah selepas pilihan raya 2008. Media massa juga menyiarkan idea ini secara besar-besaran.
Sekiranya PAS boleh berbincang dan bersatu dengan DAP, mengapa tidak PAS berbincang dan bersatu-padu dengan UMNO - parti orang Melayu yang berugama Islam.
[sunting] Reaksi pembangkang
Pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng terkejut dengan idea ini dan mahu penjelasan sebenar berhubung 'pembelotan' ini. Jika PAS cuba mengugut DAP dengan bekerjasam dengan UMNO, yang rugi adalah PAS sendiri. 'Kepimpinan ulama' yang cuba diperjuangkan oleh segelintir pemimpin PAS bertentangan dengan kepimpinan profesional.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat 'serik' bekerjasama dengan BN / UMNO . Beliau mendesak Nasharuddin Md Isa meletak jawatan sebagai Naib Presiden PAS dan ahli parlimen Bachok. Bagaimanapun kenyataan keras ini ditarik balik.
Pendirian Pakatan Rakyat
Pada 22 Jun 2009,Pakatan Rakyat mengambil keputusan menolak idea kerajaan perpaduan selepas Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat sejam di Parlimen / Dewan Rakyat.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO-Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat. Kenyataan media ditandatangani oleh Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang
Pakatan Rakyat bersikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi.
Mesyuarat Agung Khas PAS
Datuk Seri Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam blognya blogtokguru.com menyeru PAS mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS bagi menghadapi PRU13 dan memutuskan keperluan kerajaan perpaduan PAS - UMNO. Ada pihak yang mahu muzakarah diadakan antara UMNO dengan PAS. Istilah muzakarah ditukar kepada muqobalah. Jika UMNO, MCA dan MIC boleh berubah dan mengadakan EGM , mengapa tidak PAS. Mesyuarat tergempar itu nanti boleh dipanggil muktamar khas. Nik Abdul Aziz dalam blognya www.blogtokguru.com juga dilaporkan mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin yang bermasalah iaitu Mustafa, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan bin Ali sering dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan. Dr Abdul Aziz Bari dari UIAM 'menyalahkan' Abdul Hadi Awang di atas kekalahan PAS di Bagan Pinang. Abdul Hadi juga tidak bersuara apabila tercetus kontroversi Hassan Ali berhubung jualan alkohol dan cara siasatan Selcat.[3]
Pada 28 Oktober 2009, Mesyuarat khas JK PAS Pusat diadakan di tingkat 5, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Abdul Hadi Awang. Turut hadir ialah tuan guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nasharudin Mat Isa ,Datuk Mustafa Ali , Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar , Datuk Mustafa Ali dan Nasrudin Hassan Tantawi.
Antara keputusan mesyuarat ialah ;
-Isu kerajaan perpaduan ditutup sepenuhnya.
-Seminar khas akan diadakan pada 7 Disember 2009, di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas
-Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur. Penceramah khas ialah Profesor Dr
-Abdul Aziz Bari kerana pandangannya lebih berwibawa dalam menentukan hala
tuju perjuangan PAS.
-Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik untuk menyiasat semua dakwaan terhadap PAS
Selangor. Pesuruhjaya PAS Selangor ialah Dr Hassan bin Ali